LAGU KEBESARAN NEGERI PERAK Dilanjutkan Allah usianya Sultan
Adil dan murah memerintah watan
Ditaati rakyat kiri dan kanan
Iman yang saleh Allah kurniakan
Allah berkati Perak Darul Ridzuan
Allah selamatkan Negeri dan Sultan
Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil
Parlimen P059 Bukit Gantang
Encik Ismail Safian
NIZAR GADAI NEGARA ISLAM
DUIT
KEROPOK
Bagi ambil
UNDI tetap
Keputusan PRK P059 Bukit Gantang
Sokongan Melayu terhadap BN = 63 %
Sokongan Melayu terhadap PAS = 37 %
Bukan Melayu undi BN = 15 %
Bukan Melayu undi PAS = 85 %
Keputusan = DAP Juara!
Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad S.A.W bersabda (maksudnya) : Tiga perkara, sesiapa yang ketiga-tiganya itu ada padanya, nescaya ia seorang munafik meskipun ia berpuasa, mengerjakan solat dan menduga bahawa dirinya orang Muslim, iaitu apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia ingkar dan apabila dipercayai dia khianat.
" Peluru Celaka " - 1 Presiden PAS, Dato'' Seri Haji Hadi Awang mengelarkan mereka yang masih mahu meneruskan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggris ( PPSMI ) sebagai golongan celaka. Beliau turut menyelar tindakan merendahkan peratus kelulusan pelajar semata-mata kerana mahu mempertahankan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ).
Untuk mendapatkan kuasa, Pas sanggup menggugurkan penubuhan negara Islam Pas. Pas sanggup berkompromi ataupun bekerjasama dengan DAP dan PKR dengan memperjudikan prinsip perjuangan, semata-mata untuk dapat merasai kerusi empuk Yang Berhormat ataupun Menteri Besar. Merasa tidak bersalah mengata UMNO dan orang-orang UMNO kafir kerana
Pertikaian terhadap tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akhirnya selesai apabila Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan bahawa tiga wakil rakyat bebas di negeri itu masih kekal sebagai penyandang kerusi tersebut.
Dalam keputusan sebulat suara itu, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, yang mengetuai panel lima anggota, membenarkan permohonan tiga wakil rakyat berkenaan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) yang memohon perisytiharaan bahawa mereka adalah wakil rakyat yang sah.
Hakim Alauddin dalam keputusan yang mencipta sejarah itu turut memerintahkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi tersebut dan bukan Speaker DUN Perak S. Sivakumar.
Beliau berpendapat bahawa tafsiran Perkara 36 (5) Perlembagaan Perak, yang dibaca bersama Seksyen 12 (3) Akta Pilihanraya 1958, bermaksud SPR merupakan entiti sah untuk menentukan jika wujud kekosongan kerusi DUN Perak.
Terlalu banyak kalau nak dituliskan, memadai dengan beberapa pekara yang mungkin perkara ini kecil bagi pemimpin-pemimpin UMNO/BN, diantaranya :-
PEMIMPIN SETEMPAT (tidak semua) - Ketua Kampong, Ketua UMNO, Wanita, Pemuda, Puteri dan Pengerusi Belia tidak menyeluruh mendampingi dengan mesra dengan masyarakat. Sikap perihatin kepada hal-hal kebajikan masyarakat hanya tertumpu kepada kaum keluarga, orang-orang terdekat dan kroni-kroni sahaja. Kalau ada kumpulan masyarakat yang sering memberi kritik atau teguran membina akan diketepikan, begitu juga dengan kumpulan yang kalah dalam apa-apa pertandingan, terutama UMNO, terus disingkir, menjadikan dalam penyokong UMNO sendiri berpuak-puak, kerat mengerat diantara satu sama lain.
MASJID & AKTIVII KEAGAMAAN – Tidak keterlaluan kalau dikatakan terlalu kurang pemimpin UMNO setempat menyertai dalam senarai Ahli Jawatan Kuasa Masjid, Badan Khairat Mati, apa lagi untuk berjemaah di masjid, surau terutama pada waktu mahgrib dan isyak, jauh sekali pada waktu subuh, kalau ada pun pada hari Jumaat sahaja. Akibatnya, Masjid dan surau dimonopoli oleh penyokong-penyokong pembangkang. Hal-Hal kematian pula, boleh dikatakan keseluruhan dilaksanakan oleh mereka, orang UMNO hanya sekadar melawat, itu pun kalau ada kesempatan, tidak ada semangat dalam hati, ini adalah fardhu Kifayah.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu 'bekerja keras' untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mentaliti kebanyakan rakyat hari ini telah dipengaruhi oleh kepincangan yang berlaku pada kepimpinan kerajaan sebelum ini, sekaligus membentuk satu sentimen yang amat sukar untuk diubah.
Katanya, perubahan tersebut menuntut proses yang berpanjangan, justeru Najib perlu tegas dalam memulihkan kembali imej BN dan Umno.
"Cukup susah untuk mengalih fikiran orang ramai, sebab itu kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib perlu tegas dalam pendirian untuk memulih kembali imej BN, terutamanya imej Umno sendiri," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai kekalahan BN pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah semalam.
Barisan Nasional (BN) menerima keputusan tiga pilihan raya kecil sebagai keputusan pengundi namun menolak anggapan ia sebagai referendum terhadap kepimpinan negara, kata Pengarah Pilihan Raya BN bagi tiga pilihan raya kecil itu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Ini bukan satu referendum soal kepimpinan. Mungkin 'feel good factor' soal kepimpinan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) agak baru, dan belum meresap ke dalam jiwa pengundi," katanya kepada pemberita di Hotel SSL Traders di Kamunting, Taiping selepas keputusan tiga pilihan kecil itu diumumkan Selasa.
Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita sama ada keputusan pilihan raya kecil itu merupakan referendum rakyat kepada kepimpinan kerajaan BN di Perak dan peringkat nasional.
12.20 TENGAH HARI : Kira-kira 40 peratus telah membunang undi di kawasan Parlimen Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
10.00 PAGI : Hampir 20 peratus telah keluar mengundi di kawasan Bukit Gantang, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof.
Misalnya, peratusan keluar mengundi di Sekolah Kebangsaan Ayer Putih.
9.50 PAGI : Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ketika menuju ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Ayer Putih dan Sekolah Kebangsaan Simpang.
Melihat di dada akhbar pro-pembangkang hari ini, nampaknya serangan Pakatan Rakyat terutama PAS telah bermula. Walaupun terpaksa melupakan isu Eurocopter ,nampaknya kini Pakatan Rakyat telah mengeluarkan isu dari 'peti sejuknya' iaitu isu mengenai dakwaan rasuah dan penyelewengan kerajaan negeri.
Rakyat boleh menilai dengan jelas, setelah 12 bulan memerintah nampaknya kinilah masa yang sesuai untuk mengeluarkan isu dari peti simpanan Pakatan Rakyat yang semakin hari ketandusan isu dan terpaksa mencari isu yang boleh diputar-belitkan setelah isu nak tubuh kerajaan tak boleh hendak diguna lagi.
Kalau dahulu tuduh UMNO kafir kerana berkawan dengan orang kafir, kali ini mereka pun berkawan dengan orang kafir dan lagi teruk ialah DAP Laknatullah, kafir harbi..
Kalau dulu juga tuduh UMNO sekular, kali ini Pakatan Rakyat ini lebih sekular dan dengan jelas mengakuinya sebagaimana kata Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sebagai 'kawan rapat' PAS.
Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pernah berkata dalam satu majlis ceramah Umno di Terengganu dalam tahun 1986 bahawa :
Pemimpin-pemimpin PAS jangan lagi bermimpi pada siang hari untuk memerintah negara ini jika mereka tidak mempunyai kemampuan. Kalau anda tidak mempunyai rancangan untuk pembangunan rakyat, tiada mempunyai kemampuan, pengalaman dan tiada ketokohan, usahlah berangan-angan kosong.
Apakah rancangan pembangunan yang pernah dikemukakan oleh PAS untuk kebaikan rakyat ketika parti itu menjadi anggota komponen Barisan Nasional dulu? Sejak dulu hingga sekarang, PAS hanya mampu membuat janji untuk menegakkan itu dan ini dalam ceramahnya, tetapi apabila habis ceramah mereka akan balik tidur dan kemudian berceramah dan membuat janji lagi pada malam-malam berikutnya. Itu saja."
Banyak perkara berkenaan dengan perjuangan Pas disembunyikan. Penyokong atau pengikut parti itu sebenarnya telah dibutakan mata dan hati hingga menjadikan mereka kelompok manusia yang begitu mudah diheret ke mana sahaja.
Ramai penyokong Pas tidak tahu dengan jelas perlembagaan parti yang disokongnya melainkan melalui mendengar apa-apa yang disyarahkan kepada mereka saja. Kadang-kadang apa yang disyarahkan itu tidak begitu menepati sebagaimana yang tercatat dalam perlembagaan parti berkenaan.
Perlembagaan Pas, Perlembagaan Pindaan 1987 Fasal 6 (7), (8) dan (9). Pindaan pada tahun 1977, Fasal 6 (7) mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal dalam amalannya, di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.
Perkara (7) diubah kepada mempertahankan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya, Pas menggugurkan perkataan kebangsaan kerana kebangsaan diberi makna asabiah oleh Pas.
Dapatkah kita sama-sama berfikir - Wahai Saudara-saudara ku di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Parti pembangkang menjadikan tempat-tempat ceramah untuk memaki hamun peminpin-pemimpin Kerajaan BN/UMNO, menyemaikan rasa benci dikalangan sesama Islam dan kaum. Sepatutnya pentas kempen ini untuk menjelaskan kepada rakyat apa visi parti untuk kepentingan rakyat.
Dia menggelar dirinya Ulama. Orang ramai menggelarnya Tok Guru. Pas pula mengakui dia sebagai Tok Guru dan Ulama. Sudah lebih 15 tahun Tok Guru menjadi Menteri Besar Kelantan. Sebagai Menteri Besar, dia tidak dapat lari daripada bertindak secara politik dan mentadbir negeri ikut selera dan keupayaan sendiri. Sebenarnya banyak rahsia pembohongan yang sengaja diputar belitkan oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, baik dari segi tutur kata, tindak-tanduk, pandangan dan pendapat yang secara terang-terangan tidak mencerminkan keperibadiannya sebagai “Ulama dan Tok Guru”, yang menjadi idola kepada perjuangan menegakkan sebuah pemerintah Islam di Malaysia.
MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
DULU : “Perempuan sekarang ini, buat sementara waktu saya masih lagi sekat daripada bertanding dalam pilihanraya. Tetapi untuk menjadi senator saya sudah lama lantik. Kerana senator ini tidak payah bergesel.” ( Kenyataan dalam Mingguan Malaysia pada 7 Februari 1999 )
KINI : “Sedangkan dalam Islam kedudukan wanita dan lelaki adalah sama.” ( Kenyataan dalam Utusan Malaysia 17 Mac 1999 )
Nizar yang kepingan sangat hendak duduk lama kerusi MB Perak yang belum pun panas kerusi MB dah kena tarik nikmatnya. Namun beliau tidak berputus asa dan terpaksa memberitahu rakyat bahawa dia masih MB, semua perancangan Jublee perak masih berjalan dengan baik. Kini dengan tidak menjadi MB Perak bolehlah merancang dari rumah saja...
Itulah, kata orang, macam beruk dapat bunga, maklumlah parti yang tak pernah dapat menjadi kerajaan campuran di Perak. Macam Kaduk naik junjung, selagi apa yang mereka ada hak Melayu akan mereka gadaikan, kasi tanah kat bangsa asing. Yang hairannya semua diam saja bersetuju, ini lah gara-gara gila kuasa. Rakyat Perak bukan buta, (Bute) bahasa Perak, Mereka menilai dan memerhatikan.
Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah, raja-raja Melayu telah menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.
Baginda yang dalam keadaan sebak semasa menyentuh perkara itu ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) di sini hari ini bertitah, teguran tersebut dizahirkan dalam Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950.
Titah baginda, penempatan semula melalui Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney itu telah menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu.
Raja Nazrin bertitah, Rancangan Briggs memberi nikmat kepada 400,000 penduduk setinggan Cina di pinggir hutan berpindah ke kampung baru yang dilengkapkan dengan jalan, bekalan elektrik, air paip, kemudahan sekolah dan kesihatan serta turut dibantu mendapat pelbagai peluang pekerjaan dan kemudahan perniagaan.
Dengan hari pengundian semakin hampir dan para calon memanfaatkan sepenuhnya hari-hari akhir berkempen, apa yang bermain di fikiran kebanyakan orang di bandar ini yang hampir setiap hari dilanda hujan ialah siapa yang akan berputih mata atau muncul juara.
Walaupun jawapannya akan hanya diketahui lewat malam Selasa ini, pemerhati politik dan mereka yang terbabit dalam berkempen yang memantau perkembangan itu dari dekat, sedikit sebanyak telah mendapat pertunjuk awal akan kecenderungan pengundi.
Sungguhpun tiada siapa yang benar-benar pasti mengenai pilihan pengundi, petanda awal menunjukkan BN memiliki kelebihan disebalik ramai pengundi bukan Melayu, terutamanya Cina, meletakkan harapan kepada PAS.
TAIPING: 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mula dibebaskan dari Pusat Tahanan Perlindungan Kamunting secara berperingkat-peringkat pagi ini.
Pada pukul 10:43 pagi tiga tahanan ISA warga asing mula dibawa keluar dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda.
Tahanan itu termasuk dua pemimpin Hindraf yang dibebaskan 11 pagi.
Pembebasan mereka yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kelmarin.
Pusat tahanan ini menjadi tumpuan sejak 7 pagi tadi.
Keluarga tahanan kalangan pemimpin Hindraf mula menanti sejak 7.30 pagi lagi.
Dalam pada itu, isteri pemimpin Hindraf,V. Ganabatirau, B.Puvaneswary berkata suaminya akan dibebaskan di rumah mereka di Shah Alam.
"Dia (Ganabathriu) tidak akan dibebaskan di Kamunting sebaliknya akan dibebaskan di rumah kami di Shah Alam. Saya akan mengikut kereta polis dari belakang," katanya.
Sementara isteri seorang lagi pemimpin Hindraf, Kenghadharan, Dr Kalaivani juga berkata suaminya akan dibebaskan di rumahnya di Kelana Jaya.
Diakah yang dikatakan sebagai bakal calon PM Malaysia. Pada hari Khamis 5 Feb 2009, Anwar sepatutnya ke mahkamah seksyen bagi mendengar kes liwatnya terhadap Saiful. Sepatutnya hari ini ditetapkan samada kes Anwar akan dibicarakan dimahkamah seksyen ataupun mahkamah tinggi. Sudah beberapa kali ditunda dan hari ini ditunda lagi kerana Anwar dikatakan tidak berpuas hati dengan pendakwaraya. Lalu beliau pergi ke Ipoh dan cuma menghantar peguam bagi mewakilinya. Licik betul permainan Anwar sehingga membuatkan mahkamah terpaksa memgikut rentak Anwar. Siapa yang berkuasa sebenarnya, Anwar atau mahkamah? Anwar pernah menjadi Menteri Kewangan sehinggakan negara nyaris menjadi muflis. Tidak kah " Raja Demotrasi " ini sedar tahun ini tahun apa..2009. Dunia sedang mengalami kemelesetan dan impak dan tempiasnya sudah dapat dirasai sekarang. Adakah Anuar dan Nizar tahu berapa ramaikah pekerja-pekerja yang sudah dibuang kerja dan kilang-kilang ditutup? Adakah Nizar pernah ambil tahu tentang ekonomi Perak sebelum ini? Mengapa Proton di anak tirikan padahal kilang Proton adalah di Tanjung Malim, Perak. Kalau Nizar sudah tahu Proton di Tanjung Malim, mengapa memilih Toyota Camry. Adakah Nizar dan Khalid Ibrahim tahu akan situasi sebenar Proton sekarang ataupun tidak pernah ambil tahu? Adakah kedua-dua mereka ini tahu berapa ramai pekerja Proton bakal diberhentikan nanti akibat kegawatan yang baru bermula sekarang?
erdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan barisan kabinetnya dengan menampilkan tujuh muka baru dan menggugurkan lapan anggota jemaah menteri yang lepas.
Kabinet baru ini menyaksikan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran.
Najib, yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam pada 3 April lepas, mengekalkan portfolio Menteri Kewangan yang disandangnya sejak 19 Sept 2008, ekoran pertukaran portfolio pertahanan dengan perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Seperti yang dijangkakan, kabinet Najib lebih kecil terdiri 28 menteri dengan 25 kementerian, berbanding 32 menteri dengan 27 kementerian semasa pentadbiran Abdullah sebelum ini.
Barisan Nasional (BN) menepati ramalan apabila berjaya mengalahkan Parti Keadilan Rakyat bagi pilihan raya kecil DUN Batang Ai, Sarawak dengan majoriti 1,854 undi.
Bagaimanapun harapan untuk menyaksikan BN merampas semula Bukit Gantang dan Bukit Selambau tidak kesampaian. BN tewas di Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi dan Bukit Selambau pula dengan 2,403 undi.
Berdasarkan kepada pecahan undi yang diperolehi BN di Bukit Gantang, undi yang diperolehi oleh calon BN, Ismail Saffian bertambah sebanyak 622. Manakala undi calon PAS yang diwakili oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin meningkat kepada 1,845.
Pertambahan undi dan majoriti di Bukit Gantang itu disumbang oleh peningkatan hampir 3% atau 1,327 pengundi yang keluar mengundi.Pada pilihan raya kecil kali ini 75.1 peratus atau 41,626 orang daripada 55,462 orang telah menunaikan tanggungjawab mereka berbanding 72.65% atau 40,299 pengundi.
PAS mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang apabila calonnya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi pilihan raya kecil kawasan itu Selasa dengan memperoleh majoriti 2,789 undi.
Ini merupakan kali kedua PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang, yang sebelum ini merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak kawasan Parlimen itu diwujudkan pada 1986.
Mohammad Nizar, 52, yang juga bekas Menteri Besar Perak memperoleh 21,860 undi, menewaskan calon BN Ismail Saffian yang meraih 19,071 undi serta calon bebas Kamarul Ramizu Idris yang hanya memperoleh 62 undi dan hilang wang pertaruhannya.
PAS buat kali pertama memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu apabila calonnya Roslan Shaharum menewaskan calon BN Datuk Abdul Azim Mohd Zabidi dengan majoriti 1,566 undi.
Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Mahmod Morsidi di pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis Perbandaran Taiping pada pukul 9.40 malam ini.
Kawasan Parlimen Bukit Gantang mempunyai 55,562 pengundi berdaftar termasuk 136 pengundi pos.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Roslan pada 9 Feb lepas, akibat serangan jantung.
Seperti dijangka, Pas yang mengamalkan fahaman 'halalku wa harammu' merelakan orang bukan Islam berkempen menggunakan ayat suci al-Quran walaupun perbuatan tersebut disifatkan sebagai satu penghinaan kepada umat dan ajaran Islam oleh Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria.
Sikap Pas yang kononnya memperjuangkan Islam itu memang sudah dijangka kerana individu yang memperalatkan ayat suci al-Quran untuk meraih undi orang Melayu itu ialah di kalangan pemimpin DAP yang menjadi rakan kepada parti itu.
''Baguslah kalau dia boleh baca ayat al-Quran, itu menunjukkan dia menghormati agama Islam." Itulah pandangan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali terhadap tindakan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dan beberapa lagi pemimpin DAP yang kini dilihat semakin 'seronok' berkempen menggunakan ayat-ayat al-Quran walaupun sebutannya tunggang-langgang.
Sebenarnya Anwar telah merancang komplot menembusi dan merampas kepimpinan UMNO melalui ‘projek usrah’ bersama kroni dan kuncu-kuncunya dalam ABIM dan PKPIM serta badan belia dan pelajar di UM, UTM, USM dan IPT lain yang disokong oleh pensyarah-pensyarah anti-establisment, anti-kerajaan, yang bersedia bersekongkol dan diperalatkannya, sejak tahun 70-an lagi.
Pengisytiharan jihadnya menentang rasuah, kezaliman, melalui demonstrasi di UM, di Baling, di Kedutaan Amerika Syarikat, dengan slogan dan retorik anti-establishment, anti-kerajaan dan anti-UMNOnya serta mengecam ‘social decadence’ dan budaya kuning, isu penindasan kaum Muslim di Pattani oleh Kerajaan Tun Thanum Titikachorn sekitar awal tahun 70-an adalah sebagai strategi pancingan semata-mata untuk mengabui mata pemimpin Kerajaan ketika itu.
Bagi orang-orang Melayu amat sukar untuk membezakan antara UMNO dan PAS, kalau PAS mendakwa ahli-ahlinya terdiri daripada orang-orang Melayu Islam, UMNO juga boleh mendakwa ahli-ahlinya terdiri daripada orang-orang Melayu Islam, demikian juga kalau PAS mendakwa ianya memperjuangkan Islam, UMNO juga mendakwa ianya memperjuangkan Islam, bahkan dalam Perlembagaan UMNO sendiri tertulis dengan jelas matlamat Islam dalam perjuangannya.
Oleh itu untuk menunjukkan yang PAS itu lebih Islam dari UMNO, maka PAS telah membangkitkan hukum hudud yang belum lagi dibangkitkan oleh UMNO dan menggunakan hukum itu sebagai isu politik, supaya dengan demikian penonjolan Islam yang ada pada PAS itu dapat menenggelamkan Islam yang ada pada UMNO. Isu-isu lain seperti mengkafirkan UMNO, UMNO parti asabiah, UMNO mengasingkan agama daripada politik dan sebagainya dianggap sudah lapok sukar untuk dijadikan sebagai umpan untuk memancing undi. Justeru itu semasa kempen Pilihanraya Umum 1990, PAS telah membesar-besarkan isu hudud dan berjanji kepada rakyat, khasnya di Kelantan sekiranya parti itu berkuasa mereka akan melaksanakan hukum tersebut.
Pemimpin ada di mana-mana. Begitu juga wanita. Kedua-duanya ada di mana-mana; bak arus dengan alur. Arus memerlukan alur untuk mengalir. Alur yang liuk-lintuk berlubuk sana berlubuk sini, bersemak samun di pinggir-pinggir tebing dan berlurah-lurah untuk memberi kenikmatan pada arus yang mengalir. Dan kalau arus mengalir dengan baik dan sah serta menjaga alur, hikmahnya dan barakahnya memeng banyak sekali kerana disitu akan lahirlah ketenangan, ketenteraman, kebijaksanaan dan mudah menuju wawasan yang dicita-citakan.
Berikut adalah terjemahan artikel tulisan Rev Dr.Duncan Reid dari the Victorian Council of Churches ( Majlis Gereja-gereja Victorian ), terbitan The Victorian Unity Newsletter ( Council of Churches ). Artikel asal bertajuk, "Current Issues: Dialogue of Civilisations..."
Dato'Seri Anwar Ibrahim, bekas Perdana Menteri Malaysia menyatakan dengan ironi bahawa globalisasi yang menjurus kepada penyatuan sedang berlaku di era pemulihan agama dan pembangunan identiti budaya. Lebih daripada lain-lain desakan budaya, agama merupakan faktor tunggal yang paling penting dalam menghalang keseragaman.
Pada hari Jumaat, 21 Julai, Dr. Anwar Ibrahim ( panggilan yang diberi )memberikan ucapan di hadapan 100 tetamu yang terdiri dari orang-orang Kristian dan Islam di dalam sebuah forum yang ditaja bersama oleh Victorian Council of Churches, The Islamic Concil of Victoria, The Centre for Dialogue di La Trobe University dan juga Bandar Darebin, mengenai "Dialog Peradaban".
MASIHKAH kita ingat sebaik sahaja berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac tahun lalu, arena politik negara berada dalam keadaan tidak stabil apabila Barisan Nasional (BN) yang tidak mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen 'telah diancam' akan tumbang.
Segalanya kerana karenah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meletakkan sasaran untuk memastikan kerajaan BN tinggal sejarah pada tanggal 16 September 2008. Ketika itu Anwar dengan penuh angkuh menyatakan bahawa ramai Ahli Parlimen BN akan menyertai pembangkang atau dalam istilah politiknya melompat parti.
Walaupun ketika itu usaha Anwar dianggap tidak demokratik tetapi beliau tidak mempedulikannya malah pilihan raya kecil di Permatang Pauh pada Ogos 2008 dijadikan medan untuk 'menggemparkan' lagi negara dengan slogan 'dari Permatang Pauh ke Putrajaya'.
Tulis sajalah buku bantai kerajaan, belasah Pak Lah, menantunya KJ, puji Anwar Ibrahim, buku, akhbar atau majalah macam ini pasti laris. Kenapa? Tak percaya ke? Inilah yang dikehendaki oleh pembaca yang telah disogokkan oleh budaya membenci pemimpin dan membenci kerajaan.
Ianya telah menjadi satu trend, trend suka pada cerita 'half truth', 'zero truth' dan fitnah. Yang penting bukannya kebenaran tetapi rakyat yang benci pada Barisan Nasional pasti seronok baca.
Berapa banyak buku-buku yang semacam ini yang terus terang menjadi penyebar fitnah dan ditulis oleh penulis-penulis yang tidak memikirkan implikasi terhadap majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kestabilan negara menjadi sangat popular.
Walaupun pada peringkat awal banyak orang yang skeptikal mengenai sokongan orang Cina dan India terhadap Barisan Nasional (BN), namun hari ini sudah kelihatan satu petanda yang sangat menggalakkan daripada pengundi berkenaan, kata Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata penjelasan isu semasa sepanjang kempen dan keinginan rakyat melihat perubahan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang memberi harapan baru kepada mereka, juga menjadi punca kepada perubahan 'angin' oleh para pengundi kepada BN.
"Jadi sudah ada angin perubahan daripada sikap pengundi. Saya berharap masyarakat Cina dapat memahami konsep BN dan menyokong kepimpinan BN kerana Datuk Seri Najib yang dilantik menjadi Perdana Menteri telah melaungkan slogan 'Satu Malaysia', menyuarakan satu gagasan besar dan berlaku adil untuk semua kaum.
Malam tadi Anuar menipu lagi terhadap pengundi2 Kedah, kononnya akan membuat satu pembongkaran penting. Hampir 6 ribu orang hadir untuk mendengar, begitu berminat ingin tahu apa lagi yang akan diwartakan oleh Anuar, tapi apa yang dikatakan Anuar hanyalah ceramah seperti biasa, menghentam, mengutuk, memfitnah dan yang paling penting menegakkan benang basah, semua pemimpin BN/UMNO tidak ada yang baik, tidak macam beliau semuanya betul, sesetengah penyokong fanatik Anwar, meletakkan Anwar setaraf dengan Para Wali, apa tidaknya Tuan Guru Nik Aziz dan Haji Hadi Awang pun hurmat dan akur dengan beliau, kata2 yang terpancul dari mulut Anwar semua betul dan benar, tidak ada yang tidak benar. Hanya Tuan Guru Karpal Singh (Tuan Guru kaum Singh tak pakai serban) je yang masih berani sesekali mengkeritik Anwar, mungkin satu guru kot, atau mungkin mempunyai hobi yang sama...........
Kawan bukan nak merayu, tapi untuk sama-sama berfikir, sama-sama merenung. Kalau kita sudah redha bahawa Allah itu Tuhan kita, apa salahnya kita gunakan pancaindera2 yang telah diberi Allah dengan sempurna untuk digunakan dengan sebaik2nya, hindarkan sementara emosi, fanatik dalam diri kita.
Kita jangan terlalu asyik membandingkan Negeri Kelantan dan Kedah, PAS menerajui kerajaan. Apakah Nizar, Tuan Guru Nik Aziz atau Haji Haji dapat menerajui kerajaan di Perak ? Kawan rasa kalau bukan kerana kebijakansanaan kepimpinan terdahulu mencipta Undang-Undang Tubuh Negeri, kalau bukan termaktubnya Perlembagaan ini, kawan rasa sudah pasti, Perak dan Selangor kempunanlah Menteri Besar dapat diduduki orang Melayu. Kita semua melihat apakah Karpal Singh, Gobind dan Lim Kit Siang benar2 menghurmati orang2 Melayu ? Apakah anda yakin Karpal Singh dan Lim Kit Siang benar2 menghurmati hak-hak orang Melayu/peribumi kalau anda membenarkan mereka menerajui negara ? Sehingga sekarang pemimpin2 PAS tidak terkata apa-apa, bila Lim dan Karpal berkata mereka tidak akan membenarkan PAS mengujudkan sebuah Negara Islam di Malaysia. Apakah Anuar Ibrahim lebih rela mengorbankan PKR demi menentang cabaran Lim dan Karpal dan apakah Anuar benar2 pejuang bangsa dan Agama ?
Ini adalah diantara beberapa kenyataan bermusim Tuan Guru Nik Aziz tentang lompat parti berikutan kes terbaru yang berlaku di Perak sekarang apabila Barisan Nasional berjaya mendapat majoriti mudah untuk mengambil alih pemerintahan dari Pakatan Rakyat.
LOMPAT PARTI KERJA ORANG TAK BERMARUAH - NIK AZIZ NIK MAT;
KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perbuatan melompat parti hanya dilakukan orang yang tidak bermaruah.
Sehubungan itu, beliau yang juga Mursyidul Am PAS berharap undang-undang untuk menghalang perbuatan itu terutama dalam kalangan ahli politik yang menang pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, digubal segera.
“Memang melompat (parti) ni bukan kerja orang politik, kerja orang makan upah… Bukan manusia (kalau) boleh dijual beli ni,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis kesyukuran bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Mohd Zaid Ibrahim di kediamannya di sini.
Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Mohd Zaid yang menyarankan undangundang anti lompat parti digubal bagi mengelak perbuatan itu berlaku secara berleluasa. Katanya, beliau sangat bersetuju dengan cadangan seumpama itu bagi mengelak wakil rakyat termasuk daripada PAS berhadapan dengan perkara seumpama itu.
Dalam perkembangan lain, Nik Aziz berharap pemimpin Barisan Nasoinal (BN) kembali bermuhasabah diri bagi melihat punca kekalahan yang dialami dalam pilihan raya umum lepas.
Kemudian, dipetik dari artikel yang terbaru dari Utusan 17 September 2008 yang bertajuk : LOMPAT PARTI TAK SALAH - NIK AZIZ;
KOTA BHARU : Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat, tidak menjadi kesalahan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti.