| Isu Perlembagaan Dan Politik Perak |
|
Lihat Video
3 Segment |
|
| |
|
|
| SMS SEMAKAN DAFTAR PEMILIH |
|

SMS SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
Langkah-langkah adalah seperti berikut :
Langkah 1 :
Taip SPR <jarak> nokp
contoh SPR 710720105017
Langkah 2 :
Hantar ke 15888
** caj penghantaran RM0.15 sen
** caj penerimaan RM0.20 sen |
|
| |
|
|
|
| ..: Pilihanraya Kecil P059 Bukit Gantang :..: Forums |
|
|
|
|
| Author |
Message |
tvbaru
Kaki Gebang Kedai Kopi


Joined: Mar 24, 2009
Posts: 37
|
Posted:
Wed Apr 08, 2009 12:27 pm |
|
ALLAHUAKBAR....ALLAHUAKBAR....REFORMASI
kemenangan pakatan rakyat dalam keadaan demokrasi yg mash tempang menunjukkan rakyat sudah tolak umno secara total.
insyaallah pru13 nnt pakatan akn memerintah malaysia.
 |
| |
|
|
 |
tepung
Penceramah Kumpulan


Joined: Feb 10, 2009
Posts: 68
|
Posted:
Wed Apr 08, 2009 2:44 pm |
|
Tak semestinya kekalahan yang dialami oleh BN di dua tempat blh menafsirkan penolakan rakyat keseluruhanya, jika dilihat pada UNDI yang diterima oleh Pas dan PKR bukanlah majoriti yang boleh dibanggakan...
UMUM tahu bahawa bangsa Melayu terguris dengan kelakuan Pas ketika memerintah di Perak dan tunduknya Pas akan tuntutatn dan permintaan DAP di kedah....
PR hanya bergantung pada undi bangsa cina dan india sahaja bagi menentukan kemenangan mereka, jika difikirkan secara logik...apakah Pas sanggup tidak meneruskan agenda penubuhan negera islam dan perlaksanaan hudud apabila benar nanti PR memerintah Malaysia....
Ketika itu orang yang mengundi Pas akan terasa tertipu dengan muslihat pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh DAP diseluruh negara....
sedarlah wahai bangsa melayu, Pas hanya agen pada DAP dalam pemecahan undi kita...Pas laksana anjing yang diikat ditiang dan menyalak apabila lapar atau didatangi orang...tapi manja bila dengan tuannya...
boleh lah diandaikan Pas adalah anjing dan DAP itu Tuannya |
| |
|
|
 |
fantaghiro
Penceramah Umum


Joined: Mar 06, 2009
Posts: 193
|
Posted:
Wed Apr 08, 2009 6:52 pm |
|
Insyallah PRU ke 13 ni BN kembali kukuh... Kalau PR berkuasa, ibarat beri negara secara percuma pada kuasa asing la sebab tahu kan mereka tu suka terima bantuan kewangan dari kuasa asing....
 |
| |
|
|
 |
PASola
Baru Nak Mencube


Joined: Apr 03, 2009
Posts: 16
|
Posted:
Wed Apr 08, 2009 10:04 pm |
|
Sebenarnya pengundi cina tolak BN sebab batalkan pemberian tanah status 999 tahun kepada mereka untuk membuat ladang babi secara kekal pada tanah berkenaan. Itulah sebabnya BN kalah, dakwaan rakyat menolak BN memang selalu suka di uar-uarkan & dibesar-bersarkan oleh pencacai Pakatan Rojak sebab mereka suka gunakan akal di kepala lutut. |
| |
|
|
 |
tvbaru
Kaki Gebang Kedai Kopi


Joined: Mar 24, 2009
Posts: 37
|
Posted:
Thu Apr 09, 2009 10:26 am |
|
HANYA TINGGAL KENANGAN
 |
| |
|
|
 |
tepung
Penceramah Kumpulan


Joined: Feb 10, 2009
Posts: 68
|
Posted:
Thu Apr 09, 2009 10:50 am |
|
Tiada yang perlu dibangga dengan kemenangan Pas dan PKR pada PRK yang lepas...yang patut dibangga adalah pengundi yang memilih BN.... |
| |
|
|
 |
PASola
Baru Nak Mencube


Joined: Apr 03, 2009
Posts: 16
|
Posted:
Thu Apr 09, 2009 12:15 pm |
|
| tepung wrote: |
| Tiada yang perlu dibangga dengan kemenangan Pas dan PKR pada PRK yang lepas...yang patut dibangga adalah pengundi yang memilih BN.... |
Pengundi yang memilih BN merupakan rakyat yang menolak cara berkempen menggunakan fitnah seperti dilakukan oleh PR dalam kempen mereka. Kemenangan PR dalam PRK yang baru lepas penuh dengan kemunafikan jika mereka menyambutnya dengan rasa kebanggaan & mendabik dada yang amat sangat.
Balasan & keaiban itu akan tetap diberikan oleh tuhan kepada mereka jika PR terus menggunakan cara mencipta & menyebar fitnah dalam kempen mereka untuk memburukan & menjatuhkan BN. Untuk melihat balasan & keaiban itu terjadi kepada PR, BN harus terus berusaha dengan gigih memperbaiki segala kesilapan, kelemahan & kekurangan. Pengembalian kejernihan persepsi rakyat terhadap BN akan menjadi lebih jelas untuk rakyat membuat penilaian & pilihan dengan lebih tepat. Kemenangan akan tercapai akhirnya walaupun lambat kepada orang-orang yang bersabar, tabah & tidak suka berputus-asa. |
| |
|
|
 |
tvbaru
Kaki Gebang Kedai Kopi


Joined: Mar 24, 2009
Posts: 37
|
Posted:
Thu Apr 09, 2009 1:46 pm |
|
INILAH YG TINGGAL AKHIRNYA........
 |
| |
|
|
 |
fantaghiro
Penceramah Umum


Joined: Mar 06, 2009
Posts: 193
|
Posted:
Thu Apr 09, 2009 5:11 pm |
|
Kalau kau nak kutuk monyet dan beruk sekalipun, sekurang-kurangnya ianya lebih mulia dari B.ABI yang diharamkan dalam Islam...
Faham-fahamlah sapa B.ABI tu...Yang dok bersahabat dengan syaitan yang gunakan nama Islam tu... |
| |
|
|
 |
rmf7
Baru Nak Mencube


Joined: Apr 02, 2009
Posts: 7
|
Posted:
Thu Apr 09, 2009 10:51 pm |
|
tvbaru nih tau berpolitik ker tak... soalan mudah..
Pilihanraya Bukit Gantang = PAS akan mempertahankan kerusi ( PAS Punya sebelum ini ) yang akan dicabar oleh BN/UMNO
Pilihanraya Bukit Selambau : PKR akan mempertahankan kerusi (PKR punya sebelum ini ) yang akan dicabar oleh BN/UMNO juga
Batang Ai : BN/UMNO akan mempertahankan kerusi ( BN/UMNO punya sebelum ini ) yang akan dicabar oleh PKR
Keputusannya:
PAS berjaya mempertahankan kerusi Bukit gantang - mmg dia punya
PKR berjaya mempertahankan kerusi Bukit Selambau -mmg dia punya
BN/umno berjaya mempertahankan kerusi Batang Ai- mmg dia punya..
jadi wa hasil balik asal... cuma peningkat undi di kedua belah pihak di Bukit Gantang.Lu Pikir la semula...hahahaha |
| |
|
|
 |
fantaghiro
Penceramah Umum


Joined: Mar 06, 2009
Posts: 193
|
Posted:
Fri Apr 10, 2009 1:19 am |
|
| rmf7 wrote: |
tvbaru nih tau berpolitik ker tak... soalan mudah..
Pilihanraya Bukit Gantang = PAS akan mempertahankan kerusi ( PAS Punya sebelum ini ) yang akan dicabar oleh BN/UMNO
Pilihanraya Bukit Selambau : PKR akan mempertahankan kerusi (PKR punya sebelum ini ) yang akan dicabar oleh BN/UMNO juga
Batang Ai : BN/UMNO akan mempertahankan kerusi ( BN/UMNO punya sebelum ini ) yang akan dicabar oleh PKR
Keputusannya:
PAS berjaya mempertahankan kerusi Bukit gantang - mmg dia punya
PKR berjaya mempertahankan kerusi Bukit Selambau -mmg dia punya
BN/umno berjaya mempertahankan kerusi Batang Ai- mmg dia punya..
jadi wa hasil balik asal... cuma peningkat undi di kedua belah pihak di Bukit Gantang.Lu Pikir la semula...hahahaha |
PRU ke 13 bakal memihak kepada BN kerana lihatlah apa yang jadi pada negeri-negeri diperintah PR kini...
Insyallah... |
| |
|
|
 |
PASola
Baru Nak Mencube


Joined: Apr 03, 2009
Posts: 16
|
Posted:
Fri Apr 10, 2009 1:53 am |
|
| tvbaru wrote: |
INILAH YG TINGGAL AKHIRNYA........
 |
INILAH MENTALITI ORG MELAYU YG MENGUNDI PAS & PR........
Monyet belah kiri namanya tvbaru...belum dapat B.A.B.I. betul ekor B.A.B.I. dalam kotak pun dia tak sabar-sabar nak pegang ajak main-main....wakakakakaka |
| |
|
|
 |
PASola
Baru Nak Mencube


Joined: Apr 03, 2009
Posts: 16
|
Posted:
Fri Apr 10, 2009 6:02 am |
|
Umno gagal bawa keluar lebih 3000 orang penyokongnya!
KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya dilanda penyakit cemburu. Bila dia lihat Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri (PM), dia membayangkan dirinya lebih layak duduk di situ.
Penyakit cemburu ini datang tiap waktu. Bangun pagi, Anwar ternampak-nampak Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya. Waktu tengahari, Anwar terbayang mahu makan tengahari di situ, mungkin dengan kawan-kawannya, mungkin dengan penasihat-penasihatnya dan mungkin juga bersendirian. Dari kewarasan berfikir, Anwar tahu, langkahnya itu masih jauh. Terlalu jauh untuk melangkah menjadi Perdana Menteri, namun dia berjaya menyakinkan sahabat sekamar tidurnya, Lim Kit Siang dan Haji Hadi Awang – namun, ketiga-tiga figur penting oposisi ini bermimpi lain-lain.
Bagi Anwar, jika dia berjaya menyakinkan Kit Siang dan Hadi, mudahlah baginya menyakinkan rakyat yang masih keliru dengan situasi politik hari ini. Anwar telah berjaya menjadikan rakyat keliru kerana kebolehan berpidato yang dia miliki. Mengapa tidak timbul rasa cemburu, kerana Anwar tahu dia lebih kanan dari Najib ketika dalam Umno. Tun Abdullah Ahmad Badawi yang senior pun pernah dipintasnya, apalah dengan Najib. Namun, kehendak Allah, siapalah yang tahu.
Hari ini, Anwar tidak mahu percaya Najib yang pernah menjadi Naib Ketua Pergerakan Pemuda, ketika dia menjadi ketua dan Najib yang pernah menjadi Naib Presiden, ketika dia menjadi Timbalan Presiden, sudah memintasnya. Disebabkan dia tidak mahu percaya, dia mahu mengajak seluruh rakyat yang masih mempercayainya, supaya jangan percaya yang Najib sudah menjadi Perdana Menteri. Itulah sebabnya, apabila calon Pas, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menang di kerusi Parlimen Bukit Gantang, Anwar terus menyambut kemenangan itu dengan kata-kata, rakyat tidak menerima Najib sebagai Perdana Menteri.
Anwar mahu bawa rakyat di Bukit Gantang bersama-samanya, tidak mahu mempercayai Najib sudah menjadi Perdana Menteri. Anwar juga tidak mahu menerima hakikat bahawa Najib sekarang adalah Presiden Umno, kerana Anwar masih berkeinginan untuk menjadi Presiden Umno, sepatutnya selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad bersara dahulu. Hakikatnya tidak begitu. Allah tidak mengizinkan. Rancangan Anwar tidak sama dengan rancangan Allah. Ketentuan Allah meletakkan Najib yang Anwar cuba halang dengan menulis kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, supaya menangguhkan majlis angkat sumpah Perdana Menteri tidak mendapat perkenan.
Kenapa kemenangan Nizar Jamaluddin di Bukit Gantang tidak boleh dianggap sebagai penolakan rakyat kepada perlantikan Najib sebagai Perdana Menteri? Ini kerana pembangkang ‘main kasar’. Fitnah pembangkang kepada calon BN, Saudara Ismail Saffian termakan oleh pengundi yang tidak biasa dengan politik sekotor ini. Sesiapa sahaja yang berada di Bukit Gantang dari 29 Mac hingga 7 April 2009 pastinya dapat menyaksikan satu bentuk kempen yang cukup menjijikan. Pergaduhan di mana-mana dan nasib baiklah kelibat pasukan polis yang begitu ramai, menyebabkan suasana tegang tidak melarat.
Kata-kata Anwar, “apa mereka ingat ini negara bapak mereka,” sudah cukup membuktikan untuk mengejar kemenangan mereka sanggup melakukan apa sahaja. Mereka sanggup berkata dengan kata-kata yang cukup kesat dan biadap. Mereka sanggup memfitnah dengan surat-surat layang, kononnya calon BN ada bergambar dengan GRO. Ini kerja orang Pas, kata seorang penyokong Umno yang marahkan risalah-risalah kotor seperti itu. Malahan, ada risalah yang meminta pengundi memeriksa passport antarabangsa Ismail Saffian yang mereka dakwa kerap ke Thailand. Dari segi logiknya, siapa yang boleh memeriksa passport Ismail?
Bagi pengundi Cina, mereka percaya Nizar terlalu besar jasanya buat orang-orang Cina. Malahan, Nizar dilihat sanggup berada di barisan depan untuk ‘melawan’ Sultan Perak. Mudah bagi orang-orang Cina yang menyokong DAP menerima Nizar kerana bagi mereka, mereka tidak perlu menderhaka kepada Sultan Perak kerana wakil mereka, Nizar sanggup melakukannya. Bagi pengundi India pula, didakwa, mereka mahukan Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir melantik seorang Speaker DUN Perak dari kalangan India. Kata mereka, jika Nizar boleh menerima orang India sebagai Speaker DUN Perak, mengapa Dr. Zambry tidak bersedia mencontohi Nizar?
DAP Perak, yang diketuai Ngeh Koo Ham dan Ngah Kor Ming memang mahukan Nizar menang. Apa cara sekalipun, mereka tidak sanggup kehilangan Nizar. Bagi mereka, Nizar adalah jauh lebih berguna dari lain-lain pemimpin DAP termasuk Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Malahan, Nizar juga bagi DAP adalah orang Melayu yang cukup pandai berbahasa Mandarin dan mudah untuk memahami keinginan orang-orang Cina. Itulah sebabnya, kisah penganugerahan geran tanah 999 tahun kepada kampong baharu menyebabkan pengundi Cina tidak mahu lagi menyokong BN. DAP sudah berjaya mengajak mesyarakat Cina supaya yakin bahawa Malaysia ini adalah negara mereka, yang boleh mereka lakukan sesuka hati.
Mereka tidak lagi menghayati Rukun Negara dan mereka mula mempertikaikan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, yang kononnya mereka lebih berhak dan layak menterjemahkannya! Cerita bagaimana orang-orang Pas berhimpun ‘mengusir’ bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Tajol Rosli Ghazali keluar dari Kediaman Rasmi Menteri Besar disembunyikan. Kebaikan Dr. Zambry memberi peluang Nizar mendiami Kediaman Rasmi Menteri Besar tidak menjadi bahan percakapan. Yang mereka tertarik ialah, isu Altantunya Shaariibu, yang mereka mahu kaitkan dengan orang kenamaan.
Orang Melayu Perak, khususnya di Bukit Gantang sudah membenarkan Sultan Perak dimalukan. Orang Melayu Perak, khususnya pengundi di kawasan Bukit Gantang sudah bersedia melihat Karpal Singh menyaman Sultan Perak. Orang Melayu Perak, khususnya pengundi di Bukit Gantang sanggup melihat DAP memperkudakan Melayu di Perak, hingga mereka bersedia berbaring di atas jalan raya dan memaki hamun Mufti Negeri Perak.
Bagi mereka yang mengundi Pas di Bukit Gantang, mereka merestui segala-galanya dilakukan oleh DAP dan mereka yang berjanggut sejemput, bersedia mengibarkan bendera DAP di kereta dan motosikal masing-masing kerana mereka yakin, DAP akan membela mereka, membela keturunan mereka dan boleh menjadi ketua mereka. Mudah-mudahan mereka tidak pergi belajar mengaji Quran dengan pemimpin DAP yang sudah pandai mempergunakan ayat-ayat suci al-Quran dalam kempen-kempen mereka. Pas tidak akan sanggup menegur kerana – DAP menyokong Nizar menjadi Menteri Besar. Kerana jawatan, segala-galanya termasuk akidah dan agama digadaikan!
Menjadi tugas Najib menghentikan semua ini, sebelum Anwar semakin jauh terbabas.
Oleh Abdul Wahab Idrus
Dari ihsan http://mymassa.com/news/118/ARTICLE/1400/2009-04-09.html |
| |
|
|
 |
|
|
|
View next topic
View previous topic
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
|
Powered by phpBB © 2001-2008 phpBB Group
:: Theme & Graphics by Daz :: Ported for PHP-Nuke by nukemods.com ::
All times are GMT + 8 Hours
|
|
|
|
|
|