Melihat di dada akhbar pro-pembangkang hari ini, nampaknya serangan Pakatan Rakyat terutama PAS telah bermula. Walaupun terpaksa melupakan isu Eurocopter ,nampaknya kini Pakatan Rakyat telah mengeluarkan isu dari 'peti sejuknya' iaitu isu mengenai dakwaan rasuah dan penyelewengan kerajaan negeri.
Rakyat boleh menilai dengan jelas, setelah 12 bulan memerintah nampaknya kinilah masa yang sesuai untuk mengeluarkan isu dari peti simpanan Pakatan Rakyat yang semakin hari ketandusan isu dan terpaksa mencari isu yang boleh diputar-belitkan setelah isu nak tubuh kerajaan tak boleh hendak diguna lagi.
Kalau dahulu tuduh UMNO kafir kerana berkawan dengan orang kafir, kali ini mereka pun berkawan dengan orang kafir dan lagi teruk ialah DAP Laknatullah, kafir harbi..
Kalau dulu juga tuduh UMNO sekular, kali ini Pakatan Rakyat ini lebih sekular dan dengan jelas mengakuinya sebagaimana kata Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sebagai 'kawan rapat' PAS.
Kalau dahulu kata nak laksanakan hukum hudud, sekarang apabila memerintah negeri Perak, Selangor, Perak dan Kedah tak dengar langsung hukum hudud hendak dilaksanakan. Senyap seribu bahasa. Kalau dahulu tuduh kerajaan rasuah, mereka pun ada lakukan rasuah. Rasuah seks lagi.
Kalau dahulu tuduh kerajaan dapat sumber wang haram kerana membenarkan kilang arak, kali ini apabila mereka memerintah tak tutup pun kilang arak dan menikmati hasilnya. Kalau dahulu bising sangat...
Kalau dahulu kata nak perjuang untuk haramkan arak dijual dikedai-kedai, tetapi apabila ditegur oleh 'kawan rapat' DAP Laknatullah. Nak kemukakan usul arak haram pun takut kononya untuk menjaga persahabatan diantara syaitan dan PAS.
Isu rasuah pula, kerajaan dah tunaikan janji, dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telahpun diluluskan di Dewan Rakyat dan diakui pula oleh Pengerusi ICAC Hong Kong bahawa skop pencegahan rasuah Malasyia lebih luas dari ICAC Hong Kong.
Isu-isu di atas adalah sebahagian bukti penipuan mereka kepada rakyat. Dan banyak lagi mereka ini cakap tak serupa bikin sebab tida kejelasan perjuangan PAS. Kelantan lain Terengganu lain. Penyokong PAS sana tak kisah jika kasut pun diletak sebagai calon yang penting ada simbol PAS pasti kawasan tersebut akan menang.
Penyokong PAS Kelantan pun tak kisah jika pemimpin PAS tempatan tidak diletakkan sebagai calon. Walaupun PAS Kelantan terkenal dengan pemimpin kawasannya, apakah di Terengganu situasinya sama? Sebenarnya apa yang patut difikirkan oleh PAS ialah apa sebenarnya hala tuju perjuangan PAS di dalam Pakatan Rakyat yang dilihat perjuangan Islam semakin kabur dan berkubur?
Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengemukakan gurindam untuk bakal pengundi dalam Parlimen Kuala Terengganu sebagai panduan sebelum mengundi. Gurindam itu antara lain berbunyi:
Nak beri rasuah salah,
tak beri rasuah kalah,
akhirnya jadi serba salah,
kerana itu jom pakat undi PAS.
Beliau menyatakan perkara itu secara spontan kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco pagi tadi ketika diminta mengulas berhubung persediaan PAS untuk menghadapi pilihan raya kecil itu tahun hadapan.
Sebelum ini beliau pernah mengemukakan gurindam politiknya untuk dimanfaatkan oleh rakyat Kelantan sebelum pilihan raya umum 1990 yang mahsyur sehingga kini. Gurindam berkenaan antara lain berbunyi:
Beri duit ambil,
beri kain pakai,
beri gula kacau,
bila mengundi pangkah bulan.
Jika dikombinasikan gurin"damn" Pok Nik ini diadaptasi maksudnya, adakah rasuah menjadi amalan puak-puak PAS selama ini yang mereka halakan kesalahan kepada kerajaan? Petikan berikut:
Nak beri rasuah salah,
Beri duit ambil,
Tak beri rasuah kalah,
Beri kain pakai,
Bila mengundi pangkah bulan,
Beri gula kacau,
Kerana itu jom pakat undi PAS,
Akhirnya jadi serba salah.
Gurindam Nik Aziz inilah yang akhirnya membawa kepada perpecahan bangsa Melayu beragama Islam di Malaysia yang tidak mahu mengerti maksud disebalik kata-kata yang dilafaskan oleh Tok Guru Maksum kononnya bertaraf wali oleh pengikut PAS.
Suara Politik
Taminsari