.jpg)
12.20 TENGAH HARI : Kira-kira 40 peratus telah membunang undi di kawasan Parlimen Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
10.00 PAGI : Hampir 20 peratus telah keluar mengundi di kawasan Bukit Gantang, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof.
Misalnya, peratusan keluar mengundi di Sekolah Kebangsaan Ayer Putih.
9.50 PAGI : Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ketika menuju ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Ayer Putih dan Sekolah Kebangsaan Simpang.
1.00 petang: Keadaan trafik di jalan-jalan utama seperti Jalan Changkat Jering dan Jalan Simpang mengalami kesesakan teruk.
Hujan mula lebat. Keadaan ini mungkin mengganggu kelancaran pengundian kerana dijangkakan ramai yang berhasrat untuk keluar mengundi di saat akhir terutamanya sewaktu rehat ketika ini.
6.23pm Tidak rasmi. BN menang di Batang Ai dengan majoriti lebih besar.
5.14pm Penat lelah merayu undi sepanjang hari ini berakhir jam 5 petang. Kini debaran para penyokong BN, PAS dan PKR bermula sementara menanti proses pengiraan undi di tiga kawasan pilihanraya.
Drama ejek-mengejek, membaling botol dan ketegangan sudah tamat, digantu dengan drama sewaktu keputusan diumumkan, paling awal kira-kira 9 malam ini.
Proses pengiraan di parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai dijadual bermula jam 5.30 petang ini.
Sementara bagi beberapa pusat pembuangan undi di Batang Ai yang ditutup jam 2 petang, kotak-kotak sudah dibuka untuk pengiraan mulai pukul 3 petang tadi di pusat penjumlahan undi.
Di Bukit Gantang, persaingan sengit antara calon BN Ismail Saffian dengan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS).
Di Bukit Selambau, dua daripada 15 calon menjadi tumpuan utama - S Manikumar (PKR) dan Datuk S Ganesan (BN), manakala di Batang Ai, majoriti yang bakal diperolehi BN menjadi fokus utama.
Pengiraan kotak undi dari 14 pusat pengundian di Batang Ai. Ia bermula pada jam 3 petang di pusat perjumlahan di kompleks sukan Lubok Antu.
Berdasarkan pengiraan undi setakat ini, BN mendahului, dengan memperolehi 331 undi, manakala PKR mendapat 300 undi. Keputusan tidak rasmi adalah seperti berikut:]
Ulu Engkari - BN 42, PKR 33
Bertik - BN 107, PKR 47
Sempang - BN 37, PKR 52
Delok - BN 86, PKR 21
Mengiling - BN 59, PKR 147
6.44pm PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 4,929 undi.
7.00pm Tidak rasmi PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 1,776 undi.
7.42pm Tidak rasmi PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,577 undi. PAS 14,720 undi, BN 12,143 dan bebas 32 undi.
8.17pm PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,691 undi. PAS 15,770 undi, BN 13,079 dan bebas 42 undi. Setakat ini 81 kotak undi sudah dikira, tinggal lagi 31 kotak undi.
8.20pm Maklumat rasmi. PAS hampir mencapai kemenangan apabila mendahului di Bukit Gantang dengan majoriti 3,022. PAS mendapat 18,881 dan BN memperolehi 15,859 undi. Sebanyak 96 kotak undi telah dikira, kini tinggal 16 kotak lagi.
8.25pm Bukit Gantang Unofficial results PAS has increased majority to over 3,000 votes.
PAS 18,275, BN 15,101, Independent 47. Majority 3,174.
With 8,000 votes yet to be tallied, PAS is heading towards victory.
Pas terus mendahului Barisan Nasional (BN) di Bukit Gantang dengan memperoleh 18,881 undi berbanding BN, 15,859 undi dan bebas 51 undi. –
Berdasarkan pecahan undi yang diperolehi oleh setiap parti mengikut DUN yang yang terdapat dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang, hanya DUN Trong mencatatkan kemenangan yang memihak kepada BN.
Pecahannya adalah DUN Kuala Sepetang, BN memperolehi 6,259 undi dan PAS 8,469 undi, DUN Changkat Jering (BN-8,208 undi, PAS-9,897 undi) manakalaTrong (BN-4,345 undi, PAS3,441)
9.20pm Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 1,789 undi. Calonnya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.
sekian terimakasih...tunggu hingga keputusan rasmi dikeluarkan.