BuktGantang.com

Indilah Barisan Nasional

  Login or Register
 • Home • Downloads • Your Account • Forums • 
UNDILAH BARISAN NASIONAL

 
Isu Perlembagaan Dan Politik Perak
Lihat Video


3 Segment
 
Menu
Hadapan
Calon
Isu
Notis
Aktiviti
Statistik
SPR
PraPRK
Hantar Artikel
 
Maklumat
· Keputusan Pilihanraya UMUM ke 12 P059 Bukit Gantang
· Apa itu Fasal 16 (6)?
· RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
· Isu Perlembagaan Dan Politik Perak
 
Pengunjung
IP: 38.107.191.81

Welcome, Surat layang
Nickname
Password
Security Code
Security Code
Type Security Code


· Register
· Lost Password
Server Date/Time
8 September 2010 12:51:31 MYT (GMT +8)
 
SMS SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

SMS SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

Langkah-langkah adalah seperti berikut :
 
Langkah 1 :
Taip SPR <jarak> nokp
contoh
SPR 710720105017
 
Langkah 2 :
Hantar ke 15888
 
** caj penghantaran RM0.15 sen
** caj penerimaan RM0.20 sen

 
Suruhanjaya Pilihanraya

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

 
BN Terima Keputusan Pilihan Raya, Tolak Ia Sebagai Referendum 

Barisan Nasional (BN) menerima keputusan tiga pilihan raya kecil sebagai keputusan pengundi namun menolak anggapan ia sebagai referendum terhadap kepimpinan negara, kata Pengarah Pilihan Raya BN bagi tiga pilihan raya kecil itu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Ini bukan satu referendum soal kepimpinan. Mungkin 'feel good factor' soal kepimpinan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) agak baru, dan belum meresap ke dalam jiwa pengundi," katanya kepada pemberita di Hotel SSL Traders di Kamunting, Taiping selepas keputusan tiga pilihan kecil itu diumumkan Selasa.

Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita sama ada keputusan pilihan raya kecil itu merupakan referendum rakyat kepada kepimpinan kerajaan BN di Perak dan peringkat nasional.



Tiga pilihan raya kecil di Parlimen Bukit Gantang, Perak, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah dan DUN Batang Ai, Sarawak, berakhir dengan status quo dikekalkan apabila BN dan pembangkang yang terdiri daripada PAS serta PKR, masing-masing mengekalkan kerusi yang dimenangi pada pilihan raya pada Mac tahun lepas.

BN mempertahankan kerusi DUN Batang Ai apabila calonnya Malcolm Mussen Lamoh, 49, memenangi pilihan raya kecil itu dengan majoriti 1,854 undi apabila beliau memperoleh 3,907 undi mengalahkan Jawah Gerang, 55, dari PKR yang mendapat 2,053 undi.

PAS pula mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang apabila calonnya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi pilihan raya kecil kawasan itu dengan memperoleh majoriti 2,789 undi manakala PKR mempertahankan kerusi DUN Bukit Selambau melalui S.Manikumar yang memperoleh majoriti 2,403 undi.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, BN akan mengadakan post-mortem bebas bagi mengenal pasti faktor yang mempengaruhi pengundi pada pilihan raya kecil itu.

Katanya beliau akan mengemukakan cadangan kepada Perdana Menteri untuk mengadakan post-mortem yang akan dikendalikan badan bebas dengan segera bagi meneliti faktor yang membawa kepada keputusan pilihan raya kecil itu, terutama di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau.

"Kami mahu sebuah badan bebas yang tidak dipengaruhi faktor politik supaya post-mortem itu lebih objektif," kata Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Ditanya sekiranya tarikh pilihan raya kecil itu tidak sesuai kerana diadakan selepas peralihan kuasa dalam Umno dan negara, Muhyiddin berkata perkara itu diputuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata kekalahan BN di Parlimen Bukit Gantang tidak akan mematahkan semangat beliau untuk meneruskan agenda perubahan kepada rakyat seperti yang beliau nyatakan sebelum ini.

"Ini adalah proses demokrasi yang saya nyatakan sejak dari awal. Kita perlu akur dengan proses demokrasi di mana rakyat sudah membuat keputusan," katanya.

Beliau juga tidak bersetuju keputusan itu sebagai satu isyarat bahawa rakyat Perak menolak BN.

Sambil menyifatkan semua parti komponen BN bekerja keras sepanjang kempen pilihan raya kecil, Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu menerima kekalahan calon parti itu di Bukit Selambau.

"Walaupun kecewa, kami menerima keputusan rakyat. Kami akan terus bekerja keras untuk mendapat keyakinan rakyat. Kami ucapkan terima kasih kepada pengundi yang tampil, yang menyokong kami," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat pula dalam menerima keputusan itu turut meminta pemimpin-pemimpin BN supaya kembali ke akar umbi dan bekerja keras serta bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum berikutnya.

Beliau berkata keputusan adalah isyarat jelas daripada rakyat yang mahukan lebih lagi daripada pemimpin-pemimpin mereka, yang tidak mahu mendengar janji-janji sahaja, sebaliknya mahu menikmati perubahan yang dijanjikan.

"Masih jauh perjalanan di hadapan dan masih banyak perlu disempurnakan sebelum BN boleh mengatakan bahawa ia diterima oleh rakyat, dan tahu bagaimana untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Malam ini kami mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang sekali lagi beritahu kami supaya berubah, kembali ke akar umbi, membina negara dan lebih responsif untuk menggerakkan keterbukaan, urus tadbir yang baik dan lebih fokus kepada pembinaan satu Malaysia.

"Kami perlu merebut peluang untuk berubah atau lenyap selamanya," katanya semasa mengulas keputusan pilihan raya itu dalam blognya www.ongteekeat.net".

Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon pula berkata BN perlu menerima keputusan ini sebagai peringatan baginya untuk menggerakkan perubahan dengan lebih berkesan.

Beliau berkata walaupun keputusan itu menunjukkan BN masih belum dapat mengembalikan sokongan kepada mereka, terutama di kalangan pengundi bukan Melayu, keputusan itu mungkin memiliki hikmah tersendiri, di mana ia akan memaksa BN bekerja lebih keras untuk menawan kembali hati rakyat.

"BN perlu mengambil iktibar daripada pilihan raya ini dan menggerakkan kembali strategi dan pendekatannya. Ini akan menjadi cabaran besar yang perlu ditempuhi dalam tempoh dua tahun akan datang," katanya dalam satu kenyataan.

-- BERNAMA

Posted on Wednesday, April 08, 2009 @ 02:36:54 MYT by dkds
BN Terima Keputusan Pilihan Raya, Tolak Ia Sebagai Referendum | Login/Create an Account | 0 comments
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

 
Related Links
· More about Isu Semasa
· News by dkds


Most read story about Isu Semasa:
Senarai penuh barisan Kabinet baru

 
Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

 
Options

 Printer Friendly Printer Friendly

 
Associated Topics

Isu Semasa

 
Legal Notice | Privacy Policy | Terms of Use | Comments ]

All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters, all the rest © 2008 by me.

Ikhlas: Forumer myKMU Diselenggara oleh: myKMU Perak



(Original PHP-Nuke Code Copyright © 2004 by Francisco Burzi)
Page Generation: 0.07 Seconds

:: fisubice phpbb2 style by Daz :: PHP-Nuke theme by www.nukemods.com ::
:: fisubice Theme Recoded To 100% W3C CSS & HTML 4.01 Transitional & XHTML 1.0 Transitional Compliance by RavenNuke™ TEAM ::

:: W3C CSS Compliance Validation :: W3C HTML 4.01 Transitional Compliance Validation :: W3C XHTML 1.0 Transitional Compliance Validation ::