| Isu Perlembagaan Dan Politik Perak |
|
Lihat Video
3 Segment |
|
| |
|
|
| SMS SEMAKAN DAFTAR PEMILIH |
|

SMS SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
Langkah-langkah adalah seperti berikut :
Langkah 1 :
Taip SPR <jarak> nokp
contoh SPR 710720105017
Langkah 2 :
Hantar ke 15888
** caj penghantaran RM0.15 sen
** caj penerimaan RM0.20 sen |
|
| |
|
|
|
|
Pertikaian terhadap tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akhirnya selesai apabila Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan bahawa tiga wakil rakyat bebas di negeri itu masih kekal sebagai penyandang kerusi tersebut.
Dalam keputusan sebulat suara itu, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, yang mengetuai panel lima anggota, membenarkan permohonan tiga wakil rakyat berkenaan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) yang memohon perisytiharaan bahawa mereka adalah wakil rakyat yang sah.
Hakim Alauddin dalam keputusan yang mencipta sejarah itu turut memerintahkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi tersebut dan bukan Speaker DUN Perak S. Sivakumar.
Beliau berpendapat bahawa tafsiran Perkara 36 (5) Perlembagaan Perak, yang dibaca bersama Seksyen 12 (3) Akta Pilihanraya 1958, bermaksud SPR merupakan entiti sah untuk menentukan jika wujud kekosongan kerusi DUN Perak. (Read More... | comments?)
|
|
erdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan barisan kabinetnya dengan menampilkan tujuh muka baru dan menggugurkan lapan anggota jemaah menteri yang lepas.
Kabinet baru ini menyaksikan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran.
Najib, yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam pada 3 April lepas, mengekalkan portfolio Menteri Kewangan yang disandangnya sejak 19 Sept 2008, ekoran pertukaran portfolio pertahanan dengan perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Seperti yang dijangkakan, kabinet Najib lebih kecil terdiri 28 menteri dengan 25 kementerian, berbanding 32 menteri dengan 27 kementerian semasa pentadbiran Abdullah sebelum ini. (Read More... | comments?)
|
|
Barisan Nasional (BN) menepati ramalan apabila berjaya mengalahkan Parti Keadilan Rakyat bagi pilihan raya kecil DUN Batang Ai, Sarawak dengan majoriti 1,854 undi.
Bagaimanapun harapan untuk menyaksikan BN merampas semula Bukit Gantang dan Bukit Selambau tidak kesampaian. BN tewas di Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi dan Bukit Selambau pula dengan 2,403 undi.
Berdasarkan kepada pecahan undi yang diperolehi BN di Bukit Gantang, undi yang diperolehi oleh calon BN, Ismail Saffian bertambah sebanyak 622. Manakala undi calon PAS yang diwakili oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin meningkat kepada 1,845.
Pertambahan undi dan majoriti di Bukit Gantang itu disumbang oleh peningkatan hampir 3% atau 1,327 pengundi yang keluar mengundi.Pada pilihan raya kecil kali ini 75.1 peratus atau 41,626 orang daripada 55,462 orang telah menunaikan tanggungjawab mereka berbanding 72.65% atau 40,299 pengundi. (Read More... | comments?)
|
Taminsari writes
Banyak perkara berkenaan dengan perjuangan Pas disembunyikan. Penyokong atau pengikut parti itu sebenarnya telah dibutakan mata dan hati hingga menjadikan mereka kelompok manusia yang begitu mudah diheret ke mana sahaja.
Ramai penyokong Pas tidak tahu dengan jelas perlembagaan parti yang disokongnya melainkan melalui mendengar apa-apa yang disyarahkan kepada mereka saja. Kadang-kadang apa yang disyarahkan itu tidak begitu menepati sebagaimana yang tercatat dalam perlembagaan parti berkenaan.
Perlembagaan Pas, Perlembagaan Pindaan 1987 Fasal 6 (7), (8) dan (9). Pindaan pada tahun 1977, Fasal 6 (7) mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal dalam amalannya, di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.
Perkara (7) diubah kepada mempertahankan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya, Pas menggugurkan perkataan kebangsaan kerana kebangsaan diberi makna asabiah oleh Pas. (Read More... | comments?)
|
Taminsari writes

Berikut adalah terjemahan artikel tulisan Rev Dr.Duncan Reid dari the Victorian Council of Churches ( Majlis Gereja-gereja Victorian ), terbitan The Victorian Unity Newsletter ( Council of Churches ). Artikel asal bertajuk, "Current Issues: Dialogue of Civilisations..."
Dato'Seri Anwar Ibrahim, bekas Perdana Menteri Malaysia menyatakan dengan ironi bahawa globalisasi yang menjurus kepada penyatuan sedang berlaku di era pemulihan agama dan pembangunan identiti budaya. Lebih daripada lain-lain desakan budaya, agama merupakan faktor tunggal yang paling penting dalam menghalang keseragaman.
Pada hari Jumaat, 21 Julai, Dr. Anwar Ibrahim ( panggilan yang diberi )memberikan ucapan di hadapan 100 tetamu yang terdiri dari orang-orang Kristian dan Islam di dalam sebuah forum yang ditaja bersama oleh Victorian Council of Churches, The Islamic Concil of Victoria, The Centre for Dialogue di La Trobe University dan juga Bandar Darebin, mengenai " Dialog Peradaban". (Read More... | comments?)
|
Taminsari writes
Nizar yang kepingan sangat hendak duduk lama kerusi MB Perak yang belum pun panas kerusi MB dah kena tarik nikmatnya. Namun beliau tidak berputus asa dan terpaksa memberitahu rakyat bahawa dia masih MB, semua perancangan Jublee perak masih berjalan dengan baik. Kini dengan tidak menjadi MB Perak bolehlah merancang dari rumah saja...
Itulah, kata orang, macam beruk dapat bunga, maklumlah parti yang tak pernah dapat menjadi kerajaan campuran di Perak. Macam Kaduk naik junjung, selagi apa yang mereka ada hak Melayu akan mereka gadaikan, kasi tanah kat bangsa asing. Yang hairannya semua diam saja bersetuju, ini lah gara-gara gila kuasa. Rakyat Perak bukan buta, (Bute) bahasa Perak, Mereka menilai dan memerhatikan.
(Read More... | comments?)
|
Taminsari writes
Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah, raja-raja Melayu telah menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.
Baginda yang dalam keadaan sebak semasa menyentuh perkara itu ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) di sini hari ini bertitah, teguran tersebut dizahirkan dalam Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950.
Titah baginda, penempatan semula melalui Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney itu telah menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu.
Raja Nazrin bertitah, Rancangan Briggs memberi nikmat kepada 400,000 penduduk setinggan Cina di pinggir hutan berpindah ke kampung baru yang dilengkapkan dengan jalan, bekalan elektrik, air paip, kemudahan sekolah dan kesihatan serta turut dibantu mendapat pelbagai peluang pekerjaan dan kemudahan perniagaan.
(Read More... | comments?)
|
Taminsari writes
SEBELUM 1998, Pas dilihat sebagai parti alternatif untuk orang Melayu yang tidak mahu menyokong UMNO. Berikutan itu, perjalanan Pas dalam arena politik sentiasa mendapat sokongan sehingga ia menawan kembali Kelantan pada 1990. Pada masa yang sama, ia menambah jumlah wakil rakyat di negeri-negeri lain.
Ketika itu Pas dilihat sebagai sebuah parti yang mempunyai prinsip. Ia selari dengan kata-kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan terbarunya: "Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah parti yang sah berdaftar dan senantiasa mendukung prinsip rukun negara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang".
Berdasarkan prinsip itulah Pas tidak pernah sama sekali menggalakkan penyokongnya menjadi ganas dalam menyelesaikan isu politik. Kepimpinan parti itu sentiasa memperingatkan mereka supaya menghormati undang-undang. (Read More... | comments?)
|
Taminsari writes
Menghairankan mengapa puak Kristian mahu gunakan kalimah ALLAH dan Bahasa Malaysia didalam penerbitan majalah mereka selepas lebih 50 tahun merdeka. Adakah ini peluang terbaik bagi mereka apabila melihat orang Melayu yang beragama Islam sesama sendiri berbalah. Adakah disebabkan sokongan ( lampu hijau )yang diberikan oleh Khalid Samad,Anwar dan Dewan Ulama Pas untuk menggunakan nama Allah membuatkan mereka semakin besar kepala.
Tidakkah mereka-mereka ini manusia yang bertopengkan ugama boleh dianggap petualang bangsa dan ugama sehingga membuatkan puak Kristian sudah berani cuba memijak kepala umat Islam dinegara ini . Adakah dengan kemenangan mereka didalam pru-12 lepas memberi mereka " lesen besar " untuk menyakitkan umat Islam dinegara ini? Ditambah pula dengan sokongan hebat petualang-petualang bangsa dan ugama ini?
Khalid Samad ( Parlimen Shah Alam ) tanpa segan silu semasa berceramah di dalam sebuah gereja Kristian di Shah Alam selepas kemenangannya, menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan 'Allah' untuk merujuk kepada kalimah 'God' dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan 'Allah' hanyalah terjemahan kepada perkataan 'God'.
"Anwar berkata sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan istilah Bahasa Arab untuk Tuhan- ‘Allah’ dalam ritual mereka." (Read More... | comments?)
|
|

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun.
Najib,55, mengangkat sumpah jawatan dan sumpah menyimpan rahsia sebagai Perdana Menteri Malaysia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada pukul 10:12 pagi tadi. (Read More... | comments?)
|
|
Kedegilan pembangkang mematuhi larangan pihak berkuasa berhubung kenyataan bersifat menghasut, termasuk kes pembunuhan wanita Mongolia dan keputusan Sultan Perak semasa berkempen dalam pilihan raya kecil sekarang, boleh menyebabkan mereka didakwa menghina mahkamah.
Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhamad Taib berkata, mereka tidak boleh membangkitkan mengenai kes bunuh wanita Mongolia itu kerana ia sedang dibicarakan di mahkamah.
"Isu ini ada kaitan dengan kes mahkamah yang sedang berjalan. Sebenarnya tidak boleh menggunakan isu ini tetapi pembangkang memilih untuk bersikap berdegil dan meneruskan isu ini. (Read More... | comments?)
|
|
Gaji Nizar sudah dipotong!!!
|
Torashah writes  Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak wajar mengaku sebagai Menteri Besar Perak kerana beliau tidak lagi menerima gaji dan elaun daripada kerajaan negeri.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim berkata, pemberhentian bayaran gaji dan elaun itu juga dibuat ke atas semua Exco pakatan pembangkang.
"Pemotongan gaji dan elaun Mohammad Nizar serta semua Exconya telah dibuat serentak sejak peralihan kuasa pada 5 Februari lalu.
"Jadi secara tidak langsung ia menunjukkan beliau bukan Menteri Besar Perak yang sah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sebelum ini, Mohammad Nizar masih mengaku sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan menerima gaji daripada kerajaan negeri bagi mengelirukan rakyat. (Read More... | comments?)
|
|
Camry : Nizar Masih Larikan
|
Surat layang writes 
Tuesday, March 31, 2009
Baru-baru ini kita digemparkan dengan kes jenayah kereta curi VIP. Tapi kali ini kita lagi terkejut kerana orang yang bergelar VIP tidak memulangkan kereta. Beliau boleh dikenakan tindakan jika terus melarikan kereta kerajaan Negeri Perak berjenama Toyota Camry 2.4.
Nizar, jangan jadikan kereta tersebut sebagai harta seolah-olah bapa kamu yang punya. Kamu bukan lagi Menteri Besar dan dan gaji kamu sudah dihentikan bermula 5 Februari lepas selepas Kerajaan Negeri Perak bertukar tangan.
Beliau juga mengistiharkan dirinya sebagai ADUN sahaja bukan MB semasa mengisi borang pencalonan. Tetapi aset kerajaan negeri masih lagi dipegang beliau. Barangkali beliau terlalu sayang pada lambang Menteri Besar pada kereta tersebut. (Read More... | comments?)
|
|
PENGUNDI HANTU CERITA BASI
|
Surat layang writes 
Hanya tinggal beberapa hari lagi Pilihan Raya Kecil akan
diadakan, nampaknya Pakatan Pembangkang semakin cemas kerana cuba membangkitkan semula isu pengundi hantu dalam kempen mereka.
Tindakan mereka ini tidak langsung menunjukkan semangat demokrasi kerana dakwaan ini tidak berasas.
(Read More... | comments?)
|
|
Anwar, Amerika dan Bar Council ...!
|
Taminsari writes 
Selepas munculnya laporan polis oleh bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, pada 28 Jun lalu, Anwar tidak dapat tidur lena sehingga memaksa beliau berlindung di kedutaan asing. Isterinya, Wan Azizah pun turut gelabah, seperti ibu kehilangan anak, hingga terpaksa merayu-rayu kepada kerajaan agar dapat memberi jaminan keselamatan suaminya yang telah menerima ancaman bunuh (?)Episod ancaman bunuh lenyap, sebaik sahaja, Anwar keluar dari kedutaan asing dengan keadaan tiada riak ketakutan pun kepada si pembunuhnya.
Katanya dengan lantang, isu liwat sebagai usaha mengalihkan perhatian rakyat tentang hasratnya membentuk kerajaan baru. Beliau berkata semua ini 'konspirasi' untuk 'membantut' empat orang anggota parlimen BN melompat parti menyokongnya! (Read More... | comments?)
|
| | |
Berikut ialah senarai penuh barisan Kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi.
PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin
JABATAN PERDANA MENTERI:
Menteri:
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T. Murugiah
KEMENTERIAN KEWANGAN:
Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin
(Read More... | comments?)
|
|
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu 'bekerja keras' untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mentaliti kebanyakan rakyat hari ini telah dipengaruhi oleh kepincangan yang berlaku pada kepimpinan kerajaan sebelum ini, sekaligus membentuk satu sentimen yang amat sukar untuk diubah.
Katanya, perubahan tersebut menuntut proses yang berpanjangan, justeru Najib perlu tegas dalam memulihkan kembali imej BN dan Umno.
"Cukup susah untuk mengalih fikiran orang ramai, sebab itu kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib perlu tegas dalam pendirian untuk memulih kembali imej BN, terutamanya imej Umno sendiri," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai kekalahan BN pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah semalam.
(Read More... | comments?)
|
|
Barisan Nasional (BN) menerima keputusan tiga pilihan raya kecil sebagai keputusan pengundi namun menolak anggapan ia sebagai referendum terhadap kepimpinan negara, kata Pengarah Pilihan Raya BN bagi tiga pilihan raya kecil itu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Ini bukan satu referendum soal kepimpinan. Mungkin 'feel good factor' soal kepimpinan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) agak baru, dan belum meresap ke dalam jiwa pengundi," katanya kepada pemberita di Hotel SSL Traders di Kamunting, Taiping selepas keputusan tiga pilihan kecil itu diumumkan Selasa.
Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita sama ada keputusan pilihan raya kecil itu merupakan referendum rakyat kepada kepimpinan kerajaan BN di Perak dan peringkat nasional. (Read More... | comments?)
|
Taminsari writes
Pemimpin ada di mana-mana. Begitu juga wanita. Kedua-duanya ada di mana-mana; bak arus dengan alur. Arus memerlukan alur untuk mengalir. Alur yang liuk-lintuk berlubuk sana berlubuk sini, bersemak samun di pinggir-pinggir tebing dan berlurah-lurah untuk memberi kenikmatan pada arus yang mengalir. Dan kalau arus mengalir dengan baik dan sah serta menjaga alur, hikmahnya dan barakahnya memeng banyak sekali kerana disitu akan lahirlah ketenangan, ketenteraman, kebijaksanaan dan mudah menuju wawasan yang dicita-citakan. (Read More... | comments?)
|
Taminsari writes 
MASIHKAH kita ingat sebaik sahaja berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac tahun lalu, arena politik negara berada dalam keadaan tidak stabil apabila Barisan Nasional (BN) yang tidak mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen 'telah diancam' akan tumbang.
Segalanya kerana karenah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meletakkan sasaran untuk memastikan kerajaan BN tinggal sejarah pada tanggal 16 September 2008. Ketika itu Anwar dengan penuh angkuh menyatakan bahawa ramai Ahli Parlimen BN akan menyertai pembangkang atau dalam istilah politiknya melompat parti.
Walaupun ketika itu usaha Anwar dianggap tidak demokratik tetapi beliau tidak mempedulikannya malah pilihan raya kecil di Permatang Pauh pada Ogos 2008 dijadikan medan untuk 'menggemparkan' lagi negara dengan slogan 'dari Permatang Pauh ke Putrajaya'.
(Read More... | comments?)
|
Taminsari writes
Tulis sajalah buku bantai kerajaan, belasah Pak Lah, menantunya KJ, puji Anwar Ibrahim, buku, akhbar atau majalah macam ini pasti laris. Kenapa? Tak percaya ke? Inilah yang dikehendaki oleh pembaca yang telah disogokkan oleh budaya membenci pemimpin dan membenci kerajaan.
Ianya telah menjadi satu trend, trend suka pada cerita 'half truth', 'zero truth' dan fitnah. Yang penting bukannya kebenaran tetapi rakyat yang benci pada Barisan Nasional pasti seronok baca.
Berapa banyak buku-buku yang semacam ini yang terus terang menjadi penyebar fitnah dan ditulis oleh penulis-penulis yang tidak memikirkan implikasi terhadap majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kestabilan negara menjadi sangat popular. (Read More... | comments?)
|
|
TAIPING: 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mula dibebaskan dari Pusat Tahanan Perlindungan Kamunting secara berperingkat-peringkat pagi ini.
Pada pukul 10:43 pagi tiga tahanan ISA warga asing mula dibawa keluar dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda.
Tahanan itu termasuk dua pemimpin Hindraf yang dibebaskan 11 pagi.
Pembebasan mereka yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kelmarin.
Pusat tahanan ini menjadi tumpuan sejak 7 pagi tadi.
Keluarga tahanan kalangan pemimpin Hindraf mula menanti sejak 7.30 pagi lagi.
Dalam pada itu, isteri pemimpin Hindraf,V. Ganabatirau, B.Puvaneswary berkata suaminya akan dibebaskan di rumah mereka di Shah Alam.
"Dia (Ganabathriu) tidak akan dibebaskan di Kamunting sebaliknya akan dibebaskan di rumah kami di Shah Alam. Saya akan mengikut kereta polis dari belakang," katanya.
Sementara isteri seorang lagi pemimpin Hindraf, Kenghadharan, Dr Kalaivani juga berkata suaminya akan dibebaskan di rumahnya di Kelana Jaya.
(Read More... | comments?)
|
Taminsari writes
Adakah disebabkan kerap ponteng semasa pembukaan sidang Parlimen yang turut disertai oleh Yang DiPertuan Agong, maka kerajaan mengambil keputusan untuk menubuhkan satu lagi portfolio baru didalam kabinet?Adakah ianya benar? Adakah jawatan baru "Menteri Parlimen" Malaysia benar-benar wujud? Kalau tidak wujud mengapa pula ada manusia yang tak tahu malu menganggap dirinya seorang Menteri Parlimen yang mewakili Malaysia.
Adakah pihak Wisma Putra tahu akan perkara ini? Tidakkah Wisma Putra akan kelam kabut jika apa-apa terjadi kepada "Menteri" yang berada di luar negara. Bukankah ini boleh dianggap sebagai satu " penyamaran " tahap " Ranking A " yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana individu negara semasa berada diluar negara? Bukankah " penyamaran " ini akan memalukan Malaysia disebalik nama negara yang sudah terkenal diseluruh pelusok dunia?
(Read More... | comments?)
|
|
Dari: GERAKAN ANTI PKR

GEMPAR, BUKTI INI SUDAH CUKUP MENYATAKN BAHAWA ANWAR IBRAHIM MEMANG MERUPAKAN 'SAYAP CIA DAN YAHUDI' DI ASIA !
INI ADALAH KANDUNGAN EMAIL YANG PIHAK GAP TERIMA DARIPADA SUMBER RAHASIA. GAMBAR INI TELAH DIRAKAM DI KEDAH , LOKASI PERTEMBUNGAN CALON PKR DAN BN DI BUKIT SELAMBAU.
MENGAPA PERLU PENGARAH STRATEGIK PKR SAIFUDIN NASUTION BERTEMU DENGAN TOP VVIP DARI SINGAPURA, SEDANGKAN UMUM KITA MENGETAHUI BAHAWA SINGAPURA SATU-SATUNYA NEGARA DI ASEAN YANG MENGIKTIRAF PENUBUHAN KERAJAAN HARAM ISRAEL !
PENGARAH STRATEGIK INI JUGALAH YANG MEMAINKAN PERANAN 'ISU 16 SEPT' , SATU KAEDAH BIASA BONEKA-BONEKA BARAT MENUMBANGKAN SEBUAH KERAJAAN DEMOKRATIK BERAJA DI MALAYSIA !
BENARKAH DAKWAAN DR CHANDR MUZAFAR TIDAK BERAPA LAMA DULU BAHAWA KIRANYA 'ORANG ITU' MENJADI PERDANA MENTERI MAKA PERKARA PERTAMA YANG AKAN DILAKUKAN OLEH 'ORANG ITU' ADALAH MENJEMPUT KUASA TENTERA AMERIKA/ZIONIS MENGUASAI SELAT MELAKA, SATU JALAN PERDAGANGAN PENTING DUNIA !
(Pertemuan yb saifuddin dan walter chia first seceretary high commision of the republic of singapore. Pertemua di adakan di kelab cinta sayang sugai pertani kedah pertemuan hampir 2 jam bermula jam 9am -11am dan kami percaya pertemuan ini berhubung pilihanraya dun bukit selambau dan menghairankan kami kenapa pemimpin parti keadilan seperti yb saifuddin perlu melibatkan sigapore dalam pilihanraya di malaysia yang rata rata rakyat malaysia tahu singapore adalah dalang pada yahudi dan kami yakin ini melibatkan kewangan dari pihak yahudi atau pihak CIA .)
WALTER CHIA EU JIN
Job Title: First Secretary (Political)
Email: walter_chia@mfa.gov.sg
Unit: HIGH COMMISSION OF THE REPUBLIC OF SINGAPORE - MALAYSIA (MA)
Parent: HIGH COMMISSIONS (HC)
Organisation: MINISTRY OF FOREIGN AFFAIRS (MFA)
http://app.sgdi.gov.sg/mobile/person.asp?aid=0000000734&pid=20080215152003 (comments?)
|
Taminsari writes
Malik Imtiaz, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Suruhan Antara Agama-agama disiarkan dalam Aliran Monthly Vol 25, 2005 (kenyataan penuh dilampirkan di bawah) berusaha menjawab penentangan ACCIN (Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs), TERAS (Teras Pengupaya Melayu) dan PAS (Parti Islam Malaysia) berkenaan dengan cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC).
Tetapi jawapan-jawapan balas Malik Imtiaz mengenai "Apakah Suruhanjaya Antara Agama (IFC)?", "Apakah benar IFC tiada agenda tersembunyi?" dan "Apakah benar IFC tidak anti Islam?" dan "Apakah matlamat penubuhan IFC?" tidak cukup menyakinkan, bahkan menimbulkan menimbulkan banyak persoalan lain.
Secara keseluruhannya Pengerusi Jawatan Pemandu IFC amat bersetuju dengan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama-Agama, bersetuju dialog antara agama-agama perlu diteruskan dan bersetuju dengan pendapat MCCBCHS (Malaysian Consultative Council on Buddhism, Chistianity, Hinduism and Sikhism) berbanding dengan pendapat majoriti pendapat Islam diwakili ACCIN, TERAS dan PAS. (Read More... | comments?)
|
Taminsari writes " Peluru Celaka " - 1

Presiden PAS, Dato' Seri Haji Hadi Awang mengelarkan mereka yang masih mahu meneruskan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggris ( PPSMI ) sebagai golongan celaka.Beliau turut menyelar tindakan merendahkan peratus kelulusan pelajar semata-mata kerana mahu mempertahankan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ).
Tindakan tersebut kata beliau merupakan satu perbuatan yang dianggap sebagai menipu bangsa sendiri. " Pemimpin jenis ini merupakan pengkhianat kepada bangsa dan bahasa serta lebih menyedihkan lagi kerana mereka sanggup meneruskan dasar PPSMI ini kerana mementingkan kroni," tegas beliau dalam satu forum himpunan dan ikrar mansuh PPSMI malam tadi. (Read More... | comments?)
|
Surat layang writes
Hari Ini Dalam Sejarah : 1 April 1946
Tanah Melayu diletakan di bawah Malayan Union sebagai negeri jajahan British sepenuhnya dengan diketuai oleh seorang Gabenor British.
Ini menyebabkan kuasa Sultan-Sultan Melayu terhad kepada soal agama Islam dan adat istiadat dalam negeri sahaja. (Read More... | comments?)
|
|
Sikap pembangkang keterlaluan!
|
Torashah writes SAYA ingin bangkitkan beberapa pemerhatian saya pada hari penamaan calon pilihan raya kecil di Bukit Gantang pada 29 Mac lalu dan ingin menyatakan kekesalan saya terhadap apa yang berlaku.
Pertamanya, laporan sebuah akhbar dalam talian menyebut yang Pengerusi DAP, Karpal Singh dibaling botol oleh penyokong Barisan Nasional (BN) akibat tersalah memasuki jalan. Laporan itu menganggap politik kekerasan dan keganasan seperti ini perlu dihentikan.
Suka untuk saya menjelaskan kejadian yang menimpa Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pagi tersebut. (Read More... | comments?)
|
|
SIAPA SEBENARNYA ANTI ISLAM DAN PETUALANG BANGSA!
|
Taminsari writes
Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad S.A.W bersabda (maksudnya) : Tiga perkara, sesiapa yang ketiga-tiganya itu ada padanya, nescaya ia seorang munafik meskipun ia berpuasa, mengerjakan solat dan menduga bahawa dirinya orang Muslim, iaitu apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia ingkar dan apabila dipercayai dia khianat.
Jika dilihat ayat al-Quran dan hadis ini dan dipadankan dengan beberapa janji yang dibuat oleh parti pembangkang terhadap masyarakat, ternyata manusia munafik ini terlalu berkuasa dan rakus demi kepentingan politik mereka.
Dalam manifesto Pas bertajuk Program Pas Negeri Kelantan 1990 butiran 3.3 ( c ) , Nik Aziz berikrar mewujudkan sebuah badan bebas yang dinamakan Badan Hisbah bagi mengawasi pentadbiran kerajaan jika Pas menang dalam pilihan raya umum di Kelantan.
Sehingga kini badan yang bernama Hisbah itu hanya tinggal janji. Yang dipakai hanya Badan Pencegah Rasuah (BPR). Badan itu dibentuk oleh Kerajaan Pusat, Kerajaan Barisan Nasional (BN).
(Read More... | comments?)
|
|
Disebalik Topeng Nizar Kalah
|
Surat layang writes Ramai orang cakap Nizar bakal tersungkur di Bukit Gantang kerana :
1) Nizar hanya boneka DAP dan diperkudakan oleh Ngeh dan Nga.
2) Nizar MB kepada DAP bukan rakyat Perak.
3) Meluluskan hak milik tanah kekal 999 tahun kepada penduduk kampung baru.
4) Penduduk Perak kecewa dan menuntut hak yang sama sebagaimana yang diberikan kepada penduduk Kampung Baru.
5) Pakatan Rakyat di Perak hanya sibuk berpolitik dan rakyat Perak tidak mendapat apa -apa.
6) Membeli kereta toyota Camry untuk dirinya dan Exco kerajaan negeri Perak.
7) Sebuah Camry masih dibawa lari dan enggan memulangnya.
8) Peristiwa Nizar enggan keluar dari kediaman Menteri Besar Perak selepas pemecatanya sangat memalukan rakyat Negeri Perak.
9) Nizar derhaka kepada Sultan Perak, katanya "Patik Mohon Derhaka Tuanku".
10) Nizar gila kuasa kerana beliau dilantik oleh raja tetapi berang bila dilucut jawatan oleh raja.
(Read More... | 1 comment)
|
|
|
|
Waktu Solah Kuala Lumpur
29 Ramadhan 1431 |
| Subuh | 5:50 AM |
| Syuruk | 7:06 AM |
| Zohor | 1:14 PM |
| Asar | 4:18 PM |
| Maghrib | 7:16 PM |
| Isyak | 8:25 PM
|
|
|
| |
|
|
|
| There isn't a Biggest Story for Today, yet. |
|
| |
|
|
|